widget

widgeo.net

Pengumuman !

Laman ini akan berfungsi secara langsung sewaktu berlangsungnya aktiviti perkhemahan. Jadi jangan lupa untuk melayari laman ini pada hari perkhemahan ini dijalankan.Semoga anda terhibur dengan bahan - bahan yang akan kami hidangkan untuk tatapan anda... :)Jangan lupa untuk tinggalkan komen di chatbox di bawah post

Thursday, 6 November 2014

Peraturan Am Perkhemahan

PROGRAM PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM
SK SRI SETIA JAYA


PERATURAN-PERATURAN AM PERKHEMAHAN

1.         Semasa perkhemahan, semua peserta hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal- mengenali dan hormat-menghormati  antara satu sama lain.
2.         Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak solat pada waktu yang ditetapkan    oleh kem komandan.
3.         Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program.  
4.         Menjaga segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain.
5.         Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang membuang sampah di merata-rata tempat.
6.         Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan. (Kecuali kawasan yang telah dibenarkan oleh pihak hotel)
7.         Dilarang mengusik, meminda atau mengubah sebarang bentuk binaan landskap atau
infrastruktur yang sedia ada tanpa kebenaran pihak pengurusan atau pihak hotel.
8.         Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran.
9.         Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan.
10.       Segala bentuk perjudian dan permainan berbentuk perjudian diharamkan sama sekali .
11.       Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas jam 12.00 tengah malam, kecuali mereka yang bertugas kawalan malam.
12.       Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran semasa perkhemahan.
13.       Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
14.       Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan.
15.       Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan yang telah ditanda kecuali semasa
aktiviti rasmi.
16.       Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.
17.       Aktiviti penggunaan air dan  api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/pengawasan dan 
            mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.
18.        Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab.
19.       Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur.

20.       Peraturan-peraturan lain mengenai  keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatkan Komen Anda