Pengumuman !
Sunday, 9 November 2014
Organisasi Pengurusan
ORGANISASI PENGURUSAN
PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2014
PENASIHAT
EN. RAMLAN BIN RAMSOO
GURU BESAR
PENGERUSI
EN. CHE WAN AHMAD LOKMAN BIN CHE WAN IBRAHIM
GPK KOKURIKULUM
PENYELARAS PROGRAM
TN. HJ. MOHD NIZAM BIN NOH
SETIAUSAHA PROGRAM
EN. ZAIDI BIN ISMAIL
BENDAHARI PROGRAM
CIK SALMAH BINTI JUSOH
KEM KOMANDAN
EN. MOHD FAIZUL BIN SUGIMAN
TIMBALAN KEM KOMANDAN
PN. SALMAH BINTI MAHAMOD JANAB
PENYELARAS AKTIVITI
PN. ROAZANIAH BINTI SAID MOHD SOOD
PENYELARAS KEBAJIKAN
CIK ZURAIHAN BINTI RAMLI
PENYELARAS LOGISTIK
EN. MOHD ZAM BIN MOHD SAMURI
JURULATIH AIR BERTAULIAH
BRONZE MEDALLION
EN. ALI MUSTAFA BIN YUSOF
Pembahagian Kumpulan Aktiviti
9 November ,Dewan Terbuka, SKSSJ. Hari ini pembahagian kumpulan telah dilakukan bagi memudahkan ahli kumpulan untuk merancang beberapa tindakan kumpulan. Kali ini penumpuan diberikan kepada Slot Malam Kebudayaan yang memerlukan setiap kumpulan untuk berbincang dan mempersembahkan satu persembahan yang menarik. Taklimat dan pembahagian ini di ketuai oleh Pn. Roazaniah.
Saturday, 8 November 2014
Pembuluhan
08 November 2014, Kg Padang. Kerja-kerja 'pembuluhan' dilaksanakan oleh Bro Bujang dan Bro Amy bagi memenuhi kehendak logistik perkhemahan yang memerlukan lebih kurang 40 batang buluh lemang dan 40 batang buluh untuk gajet.
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka berdua ini. Walaupun terpaksa menunggu daripada pagi lagi.
Friday, 7 November 2014
Thursday, 6 November 2014
Selamat Datang
Selamat Datang Ke Laman Perkhemahan SKSSJ
Laman Blog ini dibangunkan dengan tujuan agar menjadi platform mendokumentasikan serta pelaporan peristiwa sepanjang program ini dilaksanakan. Ianya juga diharapkan dapat menjadi kenangan kepada semua yang terlibat, samada guru-guru mahupun peserta program ini.
Laman ini masih dalam pembangunan...
harap bersabar sehingga ianya siap sepenuhnya
Peraturan Am Perkhemahan
PROGRAM
PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM
SK SRI SETIA
JAYA
PERATURAN-PERATURAN AM PERKHEMAHAN
1. Semasa perkhemahan, semua peserta
hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal- mengenali dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
2. Peserta
diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak solat pada waktu yang
ditetapkan oleh kem komandan.
3. Semua peserta diwajibkan menghadirkan
diri dan menepati masa dalam setiap program.
4. Menjaga
segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan atau memindahkan
peralatan ke tempat lain.
5. Semua
pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang membuang sampah di merata-rata
tempat.
6. Dilarang
menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan.
(Kecuali kawasan yang telah dibenarkan oleh pihak hotel)
7. Dilarang mengusik, meminda atau
mengubah sebarang bentuk binaan landskap atau
infrastruktur yang sedia ada tanpa kebenaran pihak
pengurusan atau pihak hotel.
8. Lelaki
tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga
sebaliknya tanpa kebenaran.
9. Hendaklah
sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat
sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan.
10. Segala bentuk perjudian dan permainan
berbentuk perjudian diharamkan sama sekali .
11. Setiap
peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas jam
12.00 tengah malam, kecuali mereka yang bertugas kawalan malam.
12. Tidak
dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran semasa
perkhemahan.
13. Peserta
yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh
Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
14. Tidak dibenarkan membeli makanan dan
minuman dari luar semasa perkhemahan.
15. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan
perkhemahan yang telah ditanda kecuali semasa
aktiviti rasmi.
16. Penjagaan diri/peralatan/harta
persendirian perlu diberi keutamaan.
17. Aktiviti penggunaan air dan
api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/pengawasan dan
mendapat
kebenaran dari pihak berkenaan.
18. Penggunaan peralatan
berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab.
19. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran
dari pihak penganjur.
20. Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke
semasa jika difikirkan perlu.
Objektif Perkhemahan
- Melahirkan murid-murid yang berdedikasi dan bermotivasi tinggi.
- Membentuk disiplin diri. Patuh kepada semua peraturan yang merangkumi kehidupan kita sehari-hari.
- Dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat dan bertukar-tukar pendapat. Sentiasa peka kepada perubahan masa dan persekitaran yang positif, berfaedah dan menguntungkan.
- Menghindarkan diri dari gejala yang merosakkan dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang penerapan nilai-nilai murni.
- Menanam semangat rasa cinta kepada agama, bangsa dan negara.
- Sentiasa mengamalkan sifat tanggungjawab dan bersatu padu dalam membentuk kumpulan yang teguh.
Matlamat Perkhemahan
- Mendedahkan murid-murid kepada pengalaman perkhemahan melibatkan diri dalam bidang yang dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan berdikari.
- Bersama mengambil peranan dalam menjayakan program yang dirancangkan.
- Melatih sifat kepimpinan serta menjadi penggerak dan pencadang yang sihat bagi membentuk sebuah kumpulan kerja yang bekerjasama dan berjaya.
- Menanam semangat setiakawan dan tanggungjawab dalam diri dan kumpulan.
- Membentuk sahsiah diri yang positif dan bertindak mengikut naluri yang suci dalam setiap aspek kehidupan termasuklah peraturan-peraturan perkhemahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)