widget

widgeo.net

Pengumuman !

Laman ini akan berfungsi secara langsung sewaktu berlangsungnya aktiviti perkhemahan. Jadi jangan lupa untuk melayari laman ini pada hari perkhemahan ini dijalankan.Semoga anda terhibur dengan bahan - bahan yang akan kami hidangkan untuk tatapan anda... :)Jangan lupa untuk tinggalkan komen di chatbox di bawah post

Sunday, 9 November 2014

Lokasi Perkhemahan (Punggai Bayu Beach Resort)










Organisasi Pengurusan



ORGANISASI PENGURUSAN
PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2014



PENASIHAT

EN. RAMLAN BIN RAMSOO
GURU BESAR


PENGERUSI

EN. CHE WAN AHMAD LOKMAN BIN CHE WAN IBRAHIM
GPK KOKURIKULUM


PENYELARAS PROGRAM

TN. HJ. MOHD NIZAM BIN NOH


SETIAUSAHA PROGRAM

EN. ZAIDI BIN ISMAIL


BENDAHARI PROGRAM

CIK SALMAH BINTI JUSOH


KEM KOMANDAN

EN. MOHD FAIZUL BIN SUGIMAN


TIMBALAN KEM KOMANDAN

PN. SALMAH BINTI MAHAMOD JANAB


PENYELARAS AKTIVITI

PN. ROAZANIAH BINTI SAID MOHD SOOD


PENYELARAS KEBAJIKAN

CIK ZURAIHAN BINTI RAMLI


PENYELARAS LOGISTIK

EN. MOHD ZAM BIN MOHD SAMURI


JURULATIH AIR BERTAULIAH 
BRONZE MEDALLION

EN. ALI MUSTAFA BIN YUSOF






Pembahagian Kumpulan Aktiviti

9 November ,Dewan Terbuka, SKSSJ. Hari ini pembahagian kumpulan telah dilakukan bagi memudahkan ahli kumpulan untuk merancang beberapa tindakan kumpulan. Kali ini penumpuan diberikan kepada Slot Malam Kebudayaan yang memerlukan setiap kumpulan untuk berbincang dan mempersembahkan satu persembahan yang menarik. Taklimat dan pembahagian ini di ketuai oleh Pn. Roazaniah.




Saturday, 8 November 2014

Lirik Lagu Tema Perkhemahan 2014






Pembuluhan



08 November 2014, Kg Padang.  Kerja-kerja 'pembuluhan' dilaksanakan oleh Bro Bujang dan Bro Amy bagi memenuhi kehendak logistik perkhemahan yang memerlukan lebih kurang 40 batang buluh lemang dan 40 batang buluh untuk gajet. 




Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka berdua ini. Walaupun terpaksa menunggu daripada pagi lagi.

Lagu Tema Perkhemahan 2014

Thursday, 6 November 2014

Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perkhemahan SKSSJ

Laman Blog ini dibangunkan dengan tujuan agar menjadi platform mendokumentasikan serta pelaporan peristiwa sepanjang program ini dilaksanakan. Ianya juga diharapkan dapat menjadi kenangan kepada semua yang terlibat, samada guru-guru mahupun peserta program ini.

Laman ini masih dalam pembangunan... 

harap bersabar sehingga ianya siap sepenuhnya

Peraturan Am Perkhemahan

PROGRAM PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM
SK SRI SETIA JAYA


PERATURAN-PERATURAN AM PERKHEMAHAN

1.         Semasa perkhemahan, semua peserta hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal- mengenali dan hormat-menghormati  antara satu sama lain.
2.         Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak solat pada waktu yang ditetapkan    oleh kem komandan.
3.         Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program.  
4.         Menjaga segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain.
5.         Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang membuang sampah di merata-rata tempat.
6.         Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan. (Kecuali kawasan yang telah dibenarkan oleh pihak hotel)
7.         Dilarang mengusik, meminda atau mengubah sebarang bentuk binaan landskap atau
infrastruktur yang sedia ada tanpa kebenaran pihak pengurusan atau pihak hotel.
8.         Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran.
9.         Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan.
10.       Segala bentuk perjudian dan permainan berbentuk perjudian diharamkan sama sekali .
11.       Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas jam 12.00 tengah malam, kecuali mereka yang bertugas kawalan malam.
12.       Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran semasa perkhemahan.
13.       Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
14.       Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan.
15.       Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan yang telah ditanda kecuali semasa
aktiviti rasmi.
16.       Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.
17.       Aktiviti penggunaan air dan  api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/pengawasan dan 
            mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.
18.        Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab.
19.       Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur.

20.       Peraturan-peraturan lain mengenai  keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.

Objektif Perkhemahan

  • Melahirkan murid-murid yang berdedikasi dan bermotivasi tinggi.
  • Membentuk disiplin diri. Patuh kepada semua peraturan yang merangkumi kehidupan kita sehari-hari.
  • Dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat dan bertukar-tukar pendapat. Sentiasa peka kepada perubahan masa dan persekitaran yang positif, berfaedah dan menguntungkan.
  • Menghindarkan diri dari gejala yang merosakkan dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang penerapan nilai-nilai murni.
  • Menanam semangat rasa cinta kepada agama, bangsa dan negara.          
  • Sentiasa mengamalkan sifat tanggungjawab dan bersatu padu dalam membentuk kumpulan yang teguh.

Matlamat Perkhemahan

  • Mendedahkan murid-murid kepada pengalaman perkhemahan melibatkan diri dalam bidang yang dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan berdikari. 
  • Bersama mengambil peranan dalam menjayakan program yang dirancangkan.
  • Melatih sifat kepimpinan serta menjadi penggerak dan pencadang yang sihat  bagi membentuk sebuah kumpulan kerja yang bekerjasama dan berjaya.
  • Menanam semangat setiakawan dan tanggungjawab dalam diri dan kumpulan.
  • Membentuk sahsiah diri yang positif dan bertindak mengikut naluri yang suci dalam setiap aspek kehidupan termasuklah peraturan-peraturan perkhemahan.

PETA LOKASI PERKHEMAHAN 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatkan Komen Anda